Adakah Anda Tengah Pening Kepala Untuk Buat Duit?

Adakah anda tengah pening kepala untuk buat duit?

Saya pernah lalui perkara yang sama. Siang kerja pejabat, malam buat duit online. Masa dengan keluarga semakin renggang. Anak dan isteri sudah tidur, tapi saya masih lagi bersengkang mata. Adakah anda tengah pening kepala untuk buat duit?

Anda buat semua itu demi mereka, supaya anda dapat lebih masa dengan anak-anak, lebih masa dengan isteri, lebih banyak waktu bercuti, kurang tekanan hidup, lebih masa untuk berseronok, lebih banyak pilihan, senang cakap nak lebih banyak kebebasan hidup.

 

Adakah-anda-tengah-pening-kepala-untuk-buat-duit
Pening kepala sebab cari duit lebih baik dari pening kepala sebab tak ada duit.

 

Saya terfikir, sampai bila nak hidup macam ini?

Tiap bulan, tiap hari mengeluh sebab tak cukup duit untuk hidup. Banyak duit nak pakai, bayar yuran sekolah anak, duit sewa rumah, ansuran kereta, barang dapur dan duit minyak kereta. Belum masuk bil elektrik dan air. Nak hulur duit belanja pada emak ayah di kampung pun rasa semput.

Ada simpanan tak setiap bulan? Nak cari duit pun tercungap-cungap, nak menyimpan lagilah susah. Nak sara isteri dan anak-anak pun kena ikat perut. Nak bawa jalan-jalan jauh sekali, kalau ada pun setakat jalan tempat yang dekat-dekat saja. Memang ada hajat nak hidup senang, tak ada hutang macam orang lain.

Orang lain duduk rumah besar, kereta besar, boleh luangkan masa dengan anak-anak. Siap bagi duit untuk simpanan lagi. Setakat bawa keluarga jalan-jalan, itu benda biasa. Melancong luar negeri lagi. Masa anak-anak belum dewasa, masa inilah nak cipta kenangan sebelum mereka dewasa.

Ada hajat juga nak balik kampung selalu, tengok orang tua. Dulu masa kecil, merekalah tempat mengadu, mintak duit belanja sekolah. Sekarang, masa untuk balas semua budi ibu bapa yang membesarkan anda. Adakah anda tengah pening kepala untuk buat duit?

 

Semua orang ada masalah kewangan

Walau pun setiap tahun pakar-pakar kewangan beritahu, tahun ini teruk, tahun lepas teruk, boleh dikatakan sebenarnya kewangan memang teruk selalu. Inflasi akan naik setiap tahun, termasuk kos sara hidup. Untuk terus hidup, anda tak ada pilihan lain kecuali untuk mendapatkan duit.

Anda harus bijak untuk selesaikan masalah kewangan ini dengan mencari jalan keluar. Pilihan yang ada ialah cari pendapatan sampingan atau side income. Anda kerjalah di pejabat macam biasa dan jaga elok-elok. Ia adalah mata pencarian yang paling penting. Persoalannya sekarang, macam mana nak buat duit tepi tanpa mengabaikan kerja sekarang?

 

Anda boleh mula buat dropship di Shopee secara part time

Sebab ada seorang guru sekolah buat bisnes Shopee secara sambilan dengan jualan RM110,780.50 di Shopee. Ya, buat part time sahaja. Paling mengejutkan, guru sekolah ini tak keluarkan modal wang satu sen pun!

Apa rahsianya? Kalau anda sudah kerja dan nak buat bisnes part time, Shopee adalah platform yang tepat. Anda boleh mula buat dropship Shopee sebab anda hanya perlu buat jualan tanpa perlu beli stok, simpan stok dan buat penghantaran produk. Semuanya akan diuruskan oleh pemilik produk.

Tugas anda, jual produk di platform yang boleh menguntungkan anda, selepas tolak kos pos, penghantaran dan bayaran pembekal dengan harga dropship (kos). Sebaik-baiknya anda maklumkan pada pembekal terlebih dahulu dengan harga yang anda nak jual pada pelanggan.

Bila ada tempahan, anda perlu hantar tempahan dengan maklumat pelanggan dan bayaran pada pembekal. Mereka akan uruskan tempahan dan penghantaran pada pelanggan. Mudah bukan?

 

Buat dropship Shopee untuk tambah pendapatan

Sebab itu, saya cadangkan anda buat dropship Shopee. Ia sama macam Lazada, Ebay dan Lelong. Marketplace macam ini sering jadi tumpuan pengguna untuk menjual dan mencari barang.

Shopee macam sebuah pasaraya hiper contohnya Giant, Tesco dan Jaya Grocer tetapi barang-barangnya dijual secara atas talian. Banyak keistimewaan dan kelebihan Shopee yang nak ditulis, tetapi yang penting ialah jumlah pelawatnya seramai 15 juta orang akan datang ke Shopee atau purata seramai 500 ribu orang sehari!

 

–>> klik sini untuk dapatkan panduan bisnes Shopee <<–

 

Dalam pasaraya besar, setiap hari akan didatangi oleh orang ramai yang tidak putus-putus sehingga mencecah ribuan orang. Boleh bayangkan berapa ramai pengunjung yang akan datang singgah ke kedai anda. Sudah pasti ramai kan…

Boleh dikatakan setiap hari akan ada iklan dan promosi yang dilakukan oleh Shopee. Dari surat khabar, media sosial, YouTube dan banyak lagi. Di mana-mana sahaja akan ada iklan dari Shopee. Anda tak perlu keluarkan walau pun 1 sen untuk buat iklan sebab Shopee sudah iklankan untuk anda.

 

Ini bermaksud, anda dapat pelawat secara percuma setiap hari bila berniaga di Shopee. Anda bakal rugi teruk kalau tak buat duit dengan platform seperti Shopee dari sekarang. Kalau anda pernah jual barang di Instagram, Facebook dan WhatApps, kini tiba masanya untuk anda mula buat bisnes di Shopee.

 

Barang yang anda letak di Shopee memang senang nak jual. Di antara kelebihan bisnes Shopee adalah seperti berikut :

  • Mudah urus walau pun anda masih baru
  • Strategi pemasaran yang mudah dan percuma
  • Proses jual beli yang mesra pelanggan dan penjual
  • Boleh buat drosphip dan pre order (tanpa kos)
  • Guna telefon sahaja untuk listing produk secara borong

 

Kenapa nak kena buat bisnes di Shopee?

  • Sebab anda tak perlu pening kepala buat pemasaran
  • Tak payah balas WhatApps lama-lama untuk close sale
  • Orang pergi ke Shopee memang terus beli tanpa banyak soal
  • Buat iklan ikut kategori dan pantau jualan sahaja

 

  • Boleh buat kerja lain sementara tunggu tempahan masuk
  • Bila ada jualan terus proses tempahan sama ada hantar kurier atau maklumkan pada pembekal untuk buat penghantaran.
  • Shopee ada banyak acara istimewa contohnya 9.9 day, 11.11 festival dan 12.12 birthday sales yang sentiasa ada kempen di televisyen, secara tak langsung jualan produk anda di Shopee akan terjual dengan kencang.
  • Pelawat di Shopee memang mencari barang untuk dibeli, bukan sekadar tengok-tengok sahaja.

 

Bila anda menjual di Shopee, anda tak perlu susah-payah buat Marketing, sebab Shopee akan buatkan iklan anda, jadi dapatlah merasa Free Marketing. Bukan sekadar iklan percuma, mereka buat Retargeting lagi.

Anda tak perlu bersusah-payah nak update status macam menjual di Facebook atau berbalas-balas WhatApps semata-mata nak jual barang sampai close. Oleh itu, Shopee memang sesuai untuk anda yang masih lagi bekerja dan tiada masa untuk uruskan bisnes. Jika anda benar-benar berniaga di Shopee, tak mustahil pendapatan anda di sini boleh menandingi gaji kerja sekarang.

 

Kalau anda lepaskan peluang ini, memang rugi. Rezeki sudah ada di depan mata. Sebahagian besar suri rumah sudah mula buat duit sehingga 5 angka sebulan dengan Shopee, sambil jaga anak. Takkan anda nak tengok sahaja.

Kalau anda ada ilmu yang cukup, pasti lumayan bila berniaga di Shopee. Berniaga di Shopee akan jadi lebih mudah bila anda ikut panduan bisnes Shopee yang dinamakan Panduan Auto Shopee.

Saya sendiri ikut bulat-bulat ilmu di dalam panduan tersebut untuk mula buat duit di Shopee. Hasilnya memang sangat lumayan. Kalau anda nak buat bisnes di Shopee, panduan Auto Shopee ini memang amat membantu.

Apa yang lebih penting, anda tak perlu susah-susah muat naik produk satu-satu sebab anda akan diajar macam mana nak buat kedai Shopee automatik dengan lebih 500 produk untuk dijual!

 

Apa yang saya akan belajar dari Panduan Auto Shopee?

  • Panduan bina dan setup kedai Shopee dari awal sampai akhir.
  • Panduan untuk hubungkan kedai Shopee dengan sistem pembekal.
  • Panduan pilih produk dan masukkan 200 produk tersebut di kedai Shopee anda.
  • Panduan kemaskini harga produk dengan panduan untung 20% untuk setiap produk

 

  • Panduan letak harga dengan diskaun setiap produk untuk tarik minat lebih ramai pembeli.
  • Panduan mohon Shopee SSL (penghantaran percuma) untuk akaun Shopee anda.
  • Panduan untuk selaraskan produk dari sistem pembekal ke akaun Shopee anda.
  • Panduan buat pesanan dari pembekal untuk pertama kali bila anda dapat tempahan di Shopee.
  • Panduan nak pantau dan semak tempahan pelanggan dalam sistem pembekal dan aplikasi Shopee

 

  • Panduan intai dan kesan pembeli tegar yang berduit di Shopee untuk dapatkan pelanggan yang benar-benar berkualiti.
  • Panduan untuk melajukan jualan berganda dan pantas.
  • Panduan lancarkan iklan Shopee dengan kos yang rendah.

 

Anda akan diberikan Road Map untuk memulakan bisnes dropship Shopee serta-merta. Tugas anda sudah jadi lebih mudah dengan panduan yang disertakan. Mesti anda terfikir, apa aku nak jual dekat Shopee? Nak ambil stok dekat mana? Nak kena simpan stok ke tidak? Modal nak keluar berapa pula?

Sebenarnya, anda tak payah pening kepala nak cari pembekal sebab kami ada 200 lebih produk dari pelbagai pembekal untuk anda teliti dan jual di kedai Shopee anda. Semua ini anda akan dapat termasuklah sistem automatik, tak payah nak susah payah tulis balik info produk. Klik-klik terus masuk ke dalam kedai Shopee anda.

 

–>> 500 senarai produk yang boleh dijual di Shopee <<–

 

Bila ada pembelian di Shopee, sistem tersebut akan kesan tempahan yang dibuat dari kedai Shopee anda dan pembekal akan terus hantarkan tempahan kepada pelanggan anda. Tugas anda hanyalah pilih dan masukkan produk sebanyak mungkin dan jual di kedai Shopee anda. Selebihnya pantau sahaja.

Bila ada tempahan, bayar pada pembekal dengan harga dropship sahaja. Penghantaran akan diuruskan oleh pembekal. Kami juga akan hadiahkan anda dengan 10 senarai pembekal tempatan untuk memeriahkan lagi kedai Shopee anda.

 

Nanti siapa yang nak tolong tunjuk ajar?

Bila buat dropship Shopee dengan kami, ada satu Group Support untuk anda tanya apa-apa soalan. Kalau ada masalah, boleh tanya soalan di situ. Nanti kami akan sama-sama tolong selesaikan masalah anda tentang bisnes Shopee.

 

Saya betul-betul nak buat dropship Shopee, tapi macam mana caranya?

Jika anda betul-betul serius nak buat dropship Shopee, kami akan tunjukkan caranya. Apa yang anda perlu buat ialah klik pada link di bawah :

 

–>> 500 senarai produk yang boleh dijual di Shopee <<–

 

Kami akan tunjukkan panduan bisnes Shopee ini supaya anda boleh buat bisnes secara automatik dengan pendapatan yang lumayan setiap minggu.

 

 


Email Marketing by Benchmark


2 comments / Add your comment below

  1. Saya nk tnya kalau kita buat jualan dkt shopee kita ambil brng org mesti nk untung dan markup brng tu, cust skrng dah pandai tapis harga paling murah so mcm mana tu ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!