4 Langkah Buat Duit Dengan Ebay

4 langkah buat duit dengan Ebay

Kami mendapat banyak soalan dari peniaga baru bagaimana nak buat bisnes di Ebay. Kami simpulkan kepada satu panduan ringkas iaitu 4 langkah buat duit dengan Ebay sebagai permulaan. Semoga artikel ini dapat membantu anda berniaga di Ebay dengan lebih efisien.

 

4 langkah buat duit dengan Ebay
4 langkah buat duit dengan Ebay ini dapat membantu anda untuk belajar buat bisnes antarabangsa.

 

1. Buat kajian produk yang laris.

Di antara kaedah yang boleh anda buat ialah lihat barang-barang dalam rumah anda yang sudah tidak digunakan lagi. Ambil gambar dan iklankan ke dalam Ebay.

Selain itu, anda boleh pergi ke kompleks membeli belah kedai runcit, kedai serbaneka dan jualan gudang untuk melihat barang yang dijual di sana. Lihat mana-mana barang yang menarik perhatian anda, terus buat carian di Ebay. Jika tiada, anda beli barang tadi seunit dan iklankan di Ebay.

Sebagai contoh ialah produk minyak angin Tiger Balm yang sudah terjual dalam Ebay. Jika anda beli secara pukal, harganya jauh lebih rendah.

Selain itu, anda boleh jual Durex Play. Produk ini disasarkan untuk kegunaan orang yang sudah berkahwin.

 

2. Cari pembekal dengan harga rendah.

Selepas mengetahui permintaan produk yang laris, anda boleh mulakan pencarian pembekal yang menawarkan harga yang terendah di pasaran. Jika anda mempunyai modal yang tinggi dan yakin bahawa produk tersebut boleh dijual dengan lebih banyak, usah teragak-agak untuk mendapatkannya dari pembekal.

Jika tiada pembekal, boleh lihat di kedai-kedai runcit dan pasaraya terkemuka untuk melihat sama ada terdapat produk yang anda mahukan. Jika di sana anda boleh dapat dengan harga yang lebih rendah berbanding di internet, beli terus. Tak semestinya kena cari pembekal yang paling murah sekali, anda boleh cari pembekal lain di masa yang akan datang.

Menjual di Ebay adalah satu proses. Tak semestinya anda cari yang sangat murah. Kalau tak sampai bila-bila pun anda tak menjual. Beli stok sedikit dahulu untuk jualan kecil-kecilan kemudian baru borong secara pukal bila permintaan sudah banyak. Mulakan dengan modal rendah dan untung yang semaksima yang boleh.

 

3. Beriklan di Ebay

Sesudah anda kaji permintaan dan dapatkan pembekal, sudah mula menjual, anda sudah boleh beriklan di Ebay. Tangkap gambar produk untuk dijual secara “Auction” atau “Buy It Now”. Jika tak terjual sekali pun, anda tak rugi apa-apa. Bila ada jualan, anda dapat untung.

Ebay sudah sediakan platform untuk anda menjual. Bila iklan sudah siap, tunggu sampai ianya tamat. Anda boleh tumpukan perhatian untuk buat kerja lain.

 

4. Proses tempahan pelanggan

“Congratulation your Ebay item sold! You receive a payment!”

Ini adalah emel yang bakal anda terima sebaik sahaja produk andaterjual. Kemudian anda perlu uruskan penghantaran dengan mengenal pasti mana syarikat kurier yang mengenakan caj yang terendah. Anda boleh pilih Pos Malaysia Flexipax untuk penghantaran ke Amerika Syarikat.

Selepas penghantaran selesai, muat naik tracking number ke dalam akaun PayPal dan akaun Ebay anda untuk makluman kepada pelanggan.

Tak susah kan?

 

Bertindak sekarang

Jika anda masih belum membuat sebarang jualan di Ebay, sekarang adalah masa yang terbaik untuk bermula. Kos untuk membuka akaun Ebay tidaklah setinggi mana dan pelanggan yang bakal anda dapat datang dari seluruh dunia,

 

Rujuk laman web di bawah untuk belajar buat duit dengan Ebay :

–> saya nak belajar buat duit dengan Ebay <–

 


Email Marketing by Benchmark


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!