Buat duit RM10 ribu sebulan di Lazada
Lazada merupakan satu platform jual beli yang terbesar di Asia, maka tak hairanlah ada orang boleh buat duit RM10 ribu sebulan di Lazada. Purata pendapatan bagi seorang peniaga ini sekitar RM2,000 – RM3,000 seminggu sejak tahun 2015 lagi.
Hasil pendapatan tersebut digunakan untuk menjelaskan bayaran ansuran kereta, rumah, belanja sekolah anak dan belanja dapur. Siap boleh menyimpan lagi. Semuanya hasil dari buat bisnes di Lazada. Belum campur duit bisnes di Lelong dan Shopee.
Orang yang berniaga online, perlu ada banyak saluran untuk menjual. Tak boleh selesa berniaga di satu tempat sahaja. Kena pelbagai dan jual di tempat yang betul. Contoh paling mudah ialah pilih lokasi yang betul.
Salah pilih kedai, sendulah jawabnya. Lokasi yang betul boleh bantu bisnes anda mendapat pelanggan yang ramai. Kedai yang didirikan di hujung kampong pasti berbeza dengan kedai yang ditempatkan di Midvalley dan KLCC kerana sebaik-baik kedai adalah kedai yang ramai pengunjung dan jadi tumpuan ramai pelanggan.
Dalam bisnes online, ramai pengunjung merujuk kepada trafik yang lebat. Dalam laman Lazada, ada 20 juta pelawat sebulan. Purata ada 700 ribu orang pelawat yang melayari Lazada sebab nak membeli barang yang dijual.
Kalau Facebook dan Instagram, pengguna di sana lebih kepada aktiviti bersosial sahaja, bukan sebab nak beli barang. Lain pula dengan mereka yang masuk ke Lazada, mereka memang datang nak beli barang.
Ada 7 sebab kenapa anda harus buat bisnes di Lazada
Di antara sebab-sebab anda mesti mulakan bisnes di Lazada adalah seperti berikut :
1. Ada ramai pelawat di Lazada. Baik laman web atau apps, Lazada mempunyai 700,000 orang pelawat dalam masa sehari. Jumlah ini jauh lebih tinggi dari pelawat di KLCC atau pasaraya besar di Malaysia.
2. Pasaran Lazada merangkumi seluruh Malaysia. Dari utara sampailah ke selatan, penduduk Malaysia boleh jadi pelanggan anda.
3. Berniaga tanpa henti. Bila anda buat bisnes di Lazada, kedai anda akan dilihat selama 24 jam tanpa henti. Masa anda tidur pun bisnes tetap berjalan.
4. Kos yang rendah. Kalau anda buat laman web sendiri, kos seperti domain dan hosting perlu dijelaskan setiap tahun. Di Lazada, anda hanya perlu buka kedai tanpa sebarang bayaran. Hanya 2% caj yang dikenakan oleh Lazada untuk setiap jualan yang dihasilkan.
5. Sistem operasi yang hebat. Pihak Lazada sudah sediakan system untuk urus produk, urus tempahan, sistem pembayaran untuk melancarkan urusan pelanggan dan peniaga. Anda tak perlu kusutkan fikiran untuk buat sistem sendiri.
6. Jimat banyak masa sebab tak perlu WhatApps. Orang yang datang ke Lazada memang nak membeli. Bila nak beli barang, mereka hanya perlu pilih dan tempah sahaja.
7. Strategi pemasaran yang mantap. Lazada mempunyai rancangan untuk membantu peniaga mereka menjual dengan lebih banyak. Iklan mereka banyak tersiar di media seperti televisyen, radio, internet dan banyak lagi. Anda tak perlu pening lagi untuk buat promosi.
Jualan mencanak 6 angka di hari istimewa
Kempen 11.11 dan 12.12 yang dilancarkan oleh Lazada berjaya membantu mereka yang berniaga di Lazada mencapai jualan 6 angka dalam masa sehari. Bagi peniaga yang menjual secara kecil-kecilan juga berjaya mencapai jualan 4 angka.
Jika anda berniaga di Lazada, tak semestinya anda akan dapat jualan seperti mereka. Anda perlu belajar dahulu bagaimana nak menjual di Lazada. Tak mustahil juga and boleh rugi bila berniaga sebab tak faham macam mana nak menjual di sana. Jadi anda perlukan panduan lengkap buat duit di Lazada untuk mengurangkan kerugian.
Oleh itu, ebook panduan bisnes Lazada dihasilkan untuk memudahkan anda mula berniaga di Lazada. Ebook Lazada ini dihasilkan dalam format PDF, boleh baca di smartphone terus. Ebook bisnes Lazada ini boleh membantu anda merancang untuk meletakkan senarai barang dan memproses tempahan. Tugas anda hanya dapatkan ebook ini dan ikut sahaja. Itu lebih baik dari anda langgar dinding sebab nak buat sendiri. Di antara perkara yang dikongsikan dalam ebook Lazada ini adalah seperti di bawah.
1. Tips daftar Seller Lazada. Ebook bisnes Lazada ini mengandungi panduan daftar seller Lazada dengan betul. Panduan ini dilengkapi dengan gambar untuk member gambaran yang jelas kepada anda.
2. Tips listing produk yang betul. Ada beberapa poin penting yang perlu diberi perhatian semasa anda senaraikan produk untuk dijual. Salah listing produk akan menyebabkan anda rugi sekelip mata.
3. Cara proses tempahan dengan betul. Bila dapat tempahan dari pelanggan, ada cara kerja yang perlu anda ikut. Bukan terus nak bungkus hantar pada pelanggan. Silap klik, anda boleh rugi sampai RM500!
4. Tips selesaikan masalah pelanggan. Lepas jual barang, akan ada pelanggan yang cerewet. Barang sampai lambat, barang rosak bila sampai pada pelanggan dan sebagainya. Dalam ebook bisnes Lazada ini ada cara berdepan dengan masalah ini.
5. Tips promosi barang di Lazada. Biar pun mereka yang melawat Lazada memang untuk membeli barang, anda masih perlu buat promosi supaya produk anda dapat dilihat oleh pelanggan. Di Lazada, anda perlu tahu 7 tools yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk jualan anda dengan lebih baik lagi.
6. Tips dekorasi Lazada Store. Susun atur kedai online Lazada turut mempengaruhi pelanggan supaya lebih yakin untuk membeli produk yang anda jual. Pastikan Lazada Store anda Nampak professional dan cantik bagi memikat pelanggan.
7. Tips promosi Lazada Store. Untuk memastikan jualan anda kekal konsisten, ada 7 cara untuk promosikan Lazada Store anda yang ditunjukkan dalam ebook bisnes Lazada.
8. Sumber produk untuk diborong. Ada beberapa laman web yang boleh dijadikan sumber untuk anda dapatkan produk secara pukal. Ebook bisnes Lazada ini sudah lengkap sebagai rujukan anda borong produk.
9. Tips jual barang dropship. Buat dropship di Lazada, tak sama macam buat dropship di Shopee, dropship di Facebook atau dropship di Intagram. Ada cara khusus untuk buat dropship Lazada yang dikongsikan dalam ebook ini.